Jumaat, 27 April 2012

ADAB


Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.

Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?

Rabu, 25 April 2012

ADAB BERJIRAN


ADAB BERJIRAN
Jiran adalah individu atau keluarga lain yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Bab yang menerangkan tentang jiran tertangga, boleh kita dapati dengan mudah di dalam buku-buku yang berada di pasaran atau majalah. Islam menyatakan jiran tertangga meliputi 40 buah keluarga di sekitar kediaman kita. Justeru itu kita semesti memahami bagaimana peradapan untuk membentuk satu hubungan keluarga kita dengan masyarakat di sekililing. Malah petikan hadis di bawah telah memberitahu kita bertapa penting hubungan dengan jiran tetangga.

"Saudaramu yang sebenar ialah orang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu " Hadis Riwayat Sayidina Ali karamalauwajhah

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya"Hadis Riwayat AL-Syaikani.

Tentang adab dengan jiran tetangga ini islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitu:-
·                     Hak untuk orang musyrik kafir.
·                     Hak untuk orang muslim.
·                     Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluargaan.
Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak pertalian keluarga. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangga. Antaranya:-
·                     Sama-sama menanggung penderitaan jiran tertangganya (bersimpati dan membantu kesusahannya).
·                     Menghindarkan diri daripada menyakiti hati jiran tertangga.
·                     Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
·                     Memaafkan kesalahan jiran tertangga yang tidak sengajakan atau yang disengajakan.
Sebagai individu, kita  mempunyai peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
·                     Mengucapkan salam ketika bertemu.
·                     Menjenguk atau menziarah mereka kita sakit/kematian.
·                     Mendoakan ketika bersin.
·                     Menolong ketika jiran atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
·                     Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
·                     Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.
Semoga artikel yang dimuatkan ini dapat kita sama-sama hayati, difahami dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian, insyallah kita berada di dalam hidup masyarakat yang harmoni. 

Isnin, 23 April 2012

Akidah


السلام عليكم دان سلام سجهترا
Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah.
Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi.
Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua.
Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah:
1. Redho dgn Irradat Allah
2. Ikhtiar
3. Yakin
4. Tidak putus asa
5. tawakal kpd Allah
6. Iman bertambah
7. Sabar menghadapi ujian Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...