Ahad, 22 April 2012

Sirah


Pekerjaan Nabi Muhammad SAW


Semenjak kecil Nabi telah mengembala kambing . Baginda menolong Halimatus saadiah mengembala kambing . Ketika itu umur baginda
baharu 4 tahun .

Baginda menolong dengan kemahuannya sendiri . Pada masa itu baginda tinggal di rumah Halimatus saadiah , ibu susunya . Setelah balik ke Mekah , baginda tinggal dengan ibunya .
Baginda mengembala kambing juga. Pada masa baginda tinggal dengan Abu Talib , baginda masih mengembala kambing yang dipunyai Abu Talib .Mengembala kambing menjadi kerja biasa bagi orang Arab pada masa itu . Mengembala kambing adalah kerja yang mulia .
Pada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 tahun , baginda pergi ke Syam ( Syiria-merupakan pasar bagi orang quraisy Mekah) Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib . Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga . Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga .

Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia . Baginda berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku . Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa Nabi Muhaammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .

Pada ketika umur 25 tahun , baginda keluar berniaga ke syam dengan membawa harta benda Khadijah r.a wanita pedagang yang mempunyai kedudukan terhormat dan harta yang banyak.Dia mengupah bebrapa orang lelaki untuk menguruskan perdagangan hartanya .Beliau membuat pelaburan dengan mereka dan membayar sesuatu untuk mereka.Orang Quraisy ialah kaum pedagang .

Tayamum - Ibadah

Cara Bertayamum dengan sempurna.

Sabtu, 21 April 2012

Adab


ADAB MELAYAN TETAMU

Siapakah tetamu? Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samaada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas  tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi 
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Apa ada terhadap tetamu?  Ada beberapa adab dengan tetamu kita.  Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baikKita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu itu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir.  Ada juga di antara kita yang tidak mahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampubagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika adaorang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topik yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual,selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10  patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali. Kenapa Islam menggesa melayan tetamu? Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T  Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.Apa lagi yang diperoleh?  Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam

Rabu, 18 April 2012

Ibadah


JENIS-JENIS HUKUM
Ibadah - Jenis-jenis hukum
 Terdapat lima jenis hukum Didalam Islam
a) Wajib
Suatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat  Dosa.
Seperti contoh :  Puasa di bulan Ramadhan , Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan didalam rukun Islam .
(Solat lima waktu wajib keatas umat islam)

b) Sunat
Suatu yang dilakukan mendapat pahala , tetqpi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa.

c) Haram
Sesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala .
Seperti contoh : Minum arak , berzina , merompak dan berjudi .
(Minum arak adalah haram kepada Umat Islam)
(Merompak dan meragut adalah haram dilakukan oleh umat Islam dan manusia)

d) Makhruh
Sesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala.
(Petai , bawang dan kerdas adalah makanan yang makruh dimakan kerana baunya yang busuk)

e) Harus
Sesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.
( Setiap manusia harus tidur yang secukupnya setiap hari )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...