Jumaat, 27 April 2012

ADAB


Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.

Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?

Rabu, 25 April 2012

ADAB BERJIRAN


ADAB BERJIRAN
Jiran adalah individu atau keluarga lain yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Bab yang menerangkan tentang jiran tertangga, boleh kita dapati dengan mudah di dalam buku-buku yang berada di pasaran atau majalah. Islam menyatakan jiran tertangga meliputi 40 buah keluarga di sekitar kediaman kita. Justeru itu kita semesti memahami bagaimana peradapan untuk membentuk satu hubungan keluarga kita dengan masyarakat di sekililing. Malah petikan hadis di bawah telah memberitahu kita bertapa penting hubungan dengan jiran tetangga.

"Saudaramu yang sebenar ialah orang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu " Hadis Riwayat Sayidina Ali karamalauwajhah

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya"Hadis Riwayat AL-Syaikani.

Tentang adab dengan jiran tetangga ini islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitu:-
·                     Hak untuk orang musyrik kafir.
·                     Hak untuk orang muslim.
·                     Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluargaan.
Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak pertalian keluarga. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangga. Antaranya:-
·                     Sama-sama menanggung penderitaan jiran tertangganya (bersimpati dan membantu kesusahannya).
·                     Menghindarkan diri daripada menyakiti hati jiran tertangga.
·                     Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
·                     Memaafkan kesalahan jiran tertangga yang tidak sengajakan atau yang disengajakan.
Sebagai individu, kita  mempunyai peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
·                     Mengucapkan salam ketika bertemu.
·                     Menjenguk atau menziarah mereka kita sakit/kematian.
·                     Mendoakan ketika bersin.
·                     Menolong ketika jiran atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
·                     Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
·                     Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.
Semoga artikel yang dimuatkan ini dapat kita sama-sama hayati, difahami dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian, insyallah kita berada di dalam hidup masyarakat yang harmoni. 

Isnin, 23 April 2012

Akidah


السلام عليكم دان سلام سجهترا
Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah.
Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi.
Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua.
Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah:
1. Redho dgn Irradat Allah
2. Ikhtiar
3. Yakin
4. Tidak putus asa
5. tawakal kpd Allah
6. Iman bertambah
7. Sabar menghadapi ujian Allah

Ahad, 22 April 2012

Sirah


Pekerjaan Nabi Muhammad SAW


Semenjak kecil Nabi telah mengembala kambing . Baginda menolong Halimatus saadiah mengembala kambing . Ketika itu umur baginda
baharu 4 tahun .

Baginda menolong dengan kemahuannya sendiri . Pada masa itu baginda tinggal di rumah Halimatus saadiah , ibu susunya . Setelah balik ke Mekah , baginda tinggal dengan ibunya .
Baginda mengembala kambing juga. Pada masa baginda tinggal dengan Abu Talib , baginda masih mengembala kambing yang dipunyai Abu Talib .Mengembala kambing menjadi kerja biasa bagi orang Arab pada masa itu . Mengembala kambing adalah kerja yang mulia .
Pada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 tahun , baginda pergi ke Syam ( Syiria-merupakan pasar bagi orang quraisy Mekah) Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib . Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga . Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga .

Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia . Baginda berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku . Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa Nabi Muhaammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .

Pada ketika umur 25 tahun , baginda keluar berniaga ke syam dengan membawa harta benda Khadijah r.a wanita pedagang yang mempunyai kedudukan terhormat dan harta yang banyak.Dia mengupah bebrapa orang lelaki untuk menguruskan perdagangan hartanya .Beliau membuat pelaburan dengan mereka dan membayar sesuatu untuk mereka.Orang Quraisy ialah kaum pedagang .

Tayamum - Ibadah

Cara Bertayamum dengan sempurna.

Sabtu, 21 April 2012

Adab


ADAB MELAYAN TETAMU

Siapakah tetamu? Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samaada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas  tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi 
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Apa ada terhadap tetamu?  Ada beberapa adab dengan tetamu kita.  Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baikKita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu itu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir.  Ada juga di antara kita yang tidak mahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampubagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika adaorang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topik yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual,selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10  patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali. Kenapa Islam menggesa melayan tetamu? Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T  Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.Apa lagi yang diperoleh?  Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam

Rabu, 18 April 2012

Ibadah


JENIS-JENIS HUKUM
Ibadah - Jenis-jenis hukum
 Terdapat lima jenis hukum Didalam Islam
a) Wajib
Suatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat  Dosa.
Seperti contoh :  Puasa di bulan Ramadhan , Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan didalam rukun Islam .
(Solat lima waktu wajib keatas umat islam)

b) Sunat
Suatu yang dilakukan mendapat pahala , tetqpi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa.

c) Haram
Sesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala .
Seperti contoh : Minum arak , berzina , merompak dan berjudi .
(Minum arak adalah haram kepada Umat Islam)
(Merompak dan meragut adalah haram dilakukan oleh umat Islam dan manusia)

d) Makhruh
Sesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala.
(Petai , bawang dan kerdas adalah makanan yang makruh dimakan kerana baunya yang busuk)

e) Harus
Sesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.
( Setiap manusia harus tidur yang secukupnya setiap hari )

Ahad, 15 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN  TAHUN LIMA
Mata  Pelajaran      :    Pendidikan   Agama  Islam
Kelas                    :    5A/2
Tarikh                   :    29 Mac 2012
Masa                    :    30 minit
Bilangan  Pelajar    :    30 orang
Tajuk                   :   Taharah
Sub Tajuk             :  Tayammum
Objektif  Umum    :  Pelajar  akan  dapat  menjaga  kebersihan  dan  kesucian  diri  setiap  masa.
Objektif   Khusus  :  Pada  akhir  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,pelajar  akan dapat;
a)     Menyebut  pengertian  tayammum.
b)     Membanding  beza  antara  tayammum  dengan berwuduk.
c)     Melaksanakan  tayammum  dengan  betul.
d)     Berbincang  mengenai  soalan  dari  lembaran  kerja.
Penetahuan. Sedia   Ada    :   Pelajar  telah  mengetahui  tentang  pentingnya  taharah / kebersihan  
                                          dalam  Islam  dan  kehidupan  seharian.
Gabungjalin           :  Aqidah,Al-Quran.
Penerapan  Nilai     :  Bersyukur,Istiqamah.Bersih  dan  jujur.
Kemahiran  Berfikir :  Menjana  idea  .Banding  beza (Peta  Minda).
BBM                     :  Kad perkataan. Gambar ,Debu  Tanah  Dan  Air.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Pendahuluan
(2 minit}          
Doa  belajar

Pelajar membaca doa beramai-ramai



Set induksi
(3 minit)
Refleksi tentang perbuatan /amalan yang telah  dilakukan sejak awal pagi
1.Pelajar diminta merenungkan apakah perbuatan yang telah dilakukan awal pagi?
2.Pelajar diminta menyatakan apakah yang mereka telah buat diawal pagi..
3.Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.

KB:
Pemikiran reflektif
Teknik :
Sumbangsaran

Langkah 1
(7 minit)
Dailog Tayamum
Teori Tayamum
1.Dailog tayamum
2..Guru menerangkan pengertian tayamum dan bertanyakan mengapa dibolehkan bertayamum dan sebab yang membolehkan bertayamum?
3.Pelajar memberi  jawapan dan guru merumuskan.
4.Melafaskan niat tayamum.
5.Guru menerangkan rukun tayamum.
6.Guru menjelaskan konsep dan cara-cara bertayamum.

KB:
Menjana idea
Teknik:
Dailog
Soal jawab
Syarahan
Langkah2
(8 minit)
Amali Tayamum
1.Guru meminta seorang pelajar mendemonstrasikan cara bertayamum dengan diperhatikan oleh pelajar-pelajar.
2.Guru meminta pelajar melakukan tayamum seorang demi seorang.
3.Membandingkan cara tayamum yang betul dan salah.

BBM:
Debu tanah
Teknik:
Tunjuk cara/
Demonstrasi
Langkah 3
(8 minit)
Penilaian
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.Menyusun gambar tayamum yang betul.
3.Pilih penyataan betul atau salah mengenai tayamum
4.Berbincang mengenai jawapan
murid.
KB:
Menjana
Idea
Teknik
Soal
Jawab
Penutup
(3 minit)
Rumusan dan Refleksi
*Islam menitik berat tentang aspek kebersihan.
*Suci dan bersih adalah dua perkara yang berbeza.
*Bersuci boleh dilakukan dengan tayamum apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak.

Kesimpulannya:
Islam menitik berat tentang soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Nilai:
Kesedaran kendiri
Refleksi :
Diakhir  pengajaran 80% murid dapat melakukan cara-cara bertayamum dengan betul dan 20% lagi murid dapat menunjukkan cara melakukan  tayamum dengan betul.




Lembaran Kerja.


Baca penyataan di bawah ini.  Tulis "betul" atau "salah"


1. Tayamum dilakukan ketika ketiadaan air atau sakit.                                    _______________________________


2. Tayamum hendaklah menggunakan tanah liat.                                          _______________________________ 


3. Rukun tayamum ada empat.                                                                       _______________________________


4. Tayamum hanya sah untuik sekali solat fardu.                                            _______________________________  


5. Hendaklah bertayamum sebelum masuk waktu solat.                                  _______________________________


6, Tayamum terbatal setelah adanya air.                                                       _______________________________


7. Tayamum terbatal apabila seseorang itu murtad.                                      _______________________________   

Rabu, 4 April 2012

ILMU DAN AMAL

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:
          "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...