Adab menziarahi orang sakit, doa dan
kelebihannya.
Islam
sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama
muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan
persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang
sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas
muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila
seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di
jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah
mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang
menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya
sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang
menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru
(malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya
perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits
riwayat at-Tirmidzi)
Antara
adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan
ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana
rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan
disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata
seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya
dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul
dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah
terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat
menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak
apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik
serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah
salah satu ujian Allah dan
cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini
juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang
dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan
untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah
itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah
penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan
tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak
meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala
si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si
sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi
lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam
panas
8. Boleh juga menziarahi orang
bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit
adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang
sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit
sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali
hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi
yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika
dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia
memeluk Islam.
Doa
mendoakan orang sakit:-
Tidak
mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku
memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya
menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang
menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini
tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan
menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia
berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka
rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan
begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah &
Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan
kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari
ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang
pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit
di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita
nie, sibuk sangat bekerja agaknya?
Adab menziarahi orang sakit, doa dan
kelebihannya.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Semoga kita semua dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain
BalasPadam