ADAB BERJIRAN
Jiran adalah individu atau keluarga
lain yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Bab yang menerangkan tentang
jiran tertangga, boleh kita dapati dengan mudah di dalam buku-buku yang berada
di pasaran atau majalah. Islam menyatakan jiran tertangga meliputi 40 buah
keluarga di sekitar kediaman kita. Justeru itu kita semesti memahami bagaimana
peradapan untuk membentuk satu hubungan keluarga kita dengan masyarakat di
sekililing. Malah petikan hadis di bawah telah memberitahu kita bertapa penting
hubungan dengan jiran tetangga.
"Saudaramu yang sebenar ialah orang sentiasa berada di sisimu
ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,
sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu " Hadis Riwayat Sayidina Ali karamalauwajhah
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya"Hadis Riwayat AL-Syaikani.
Tentang adab dengan jiran tetangga ini islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitu:-
·
Hak untuk orang
musyrik kafir.
·
Hak untuk orang
muslim.
·
Hak untuk orang
muslim yang ada hubungan kekeluargaan.
Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis
tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak bertetangga, hak Islam dan hak
pertalian keluarga. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira
beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan
tetangga. Antaranya:-
·
Sama-sama menanggung
penderitaan jiran tertangganya (bersimpati dan membantu kesusahannya).
·
Menghindarkan diri
daripada menyakiti hati jiran tertangga.
·
Melindungi jiran
daripada kezaliman orang lain.
·
Memaafkan kesalahan
jiran tertangga yang tidak sengajakan atau yang disengajakan.
Sebagai individu, kita mempunyai
peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
·
Mengucapkan salam
ketika bertemu.
·
Menjenguk atau
menziarah mereka kita sakit/kematian.
·
Mendoakan ketika
bersin.
·
Menolong ketika jiran
atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
·
Memenuhi undangan
apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
·
Memberikan bantuan dalam
usaha jihad dan kebajikan.
Semoga artikel yang dimuatkan ini dapat
kita sama-sama hayati, difahami dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian,
insyallah kita berada di dalam hidup masyarakat yang harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan